Friday, 11 November 2011

Kampungku Sihat

Sejajar dengan namanya, program ini menitik beratkan tentang penjagaan diri terutamanya kesihatan. Antara program yang telah dirancang adalah ceramah mengenai penjagaan diri dan kesihatan.

Alhamdulillah, berkat rahmat dari-Nya karnival ini memberi impaks kepada para peserta untuk bergiat lebih aktif dan tekun dalam perlaksanaan tugasan masing-masing. Semangat para peserta pastinya akan membawa kejayaan kepada program ini. InsyaAllah.

Dengan kerjasama PBSM-UKM, JKHEOA & KKM, karnival ini dijangka akan berkampung di Perkampungan Orang Asli Kaum Semai di Sg Koyan, Raub, 29 hari lagi.

Jayanya karnival ini, diharap memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan dunia luar selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Matlamat karnival ini adalah untuk:
  • membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang dari pelbagai aspek 
  • mempelajari budaya lain yang ilmunya boleh digunakan pada masa akan datang
  • membuka pandangan atau pengalaman baru kepada graduan tentang kehidupan masyarakat luar
  • memberi pendedahan kepada graduan dalam merancang dan mengendalikan sesuatu program, serta
  • mengeratkan hubungan siraturrahim di antara semua mahasiswa/i

No comments: