Friday, 18 November 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan


Kepada semua pelajar BBA / BAC,

Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan. Semoga Allah swt, merahmati usaha kamu semua. InsyaAllah. 



Jangan jadi macam ni ya kawan-kawan =)


ALL THE BEST!!

Thursday, 17 November 2011

Tarian Sewang

Di dalam pengisian program ini akan terdapat persembahan dari masyarakat Kaum Semai Orang Asli di Sg Koyan yakni Tarian Sewang. Tarian sewang dikatakan Seni Persembahan Orang Asli. 

Tarian sewang merupakan satu tradisi kepada masyarakat Orang Asli sejak zaman berzaman. Secara umumnya sewang dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut keperluan sesuatu upacara. Tarian sewang diadakan untuk tujuan perubatan, membuka pantang kematian, keramaian seperti menyambut tetamu dan meraikan perkahwinan, membuka lading, mengawal makhluk-makhluk halus dan sebagainya.

Keunikan tarian tradisi ini adalah dengan hiasan berciri alam semulajadi serta muzik tradisional yang tidak di miliki oleh kaum lain. Tarian ini ditarikan oleh 10 orang atau lebih penari lelaki & perempuan. Lagu-lagu yang didendangkan mengikut suku kaum itu sendiri. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 18 suku kaum Orang Asli termasuklah Kaum Semai di Sg Koyan yang bakal kami lawati.

Di kongsikan salah satu video yang dikatakan Tarian Sewang Kreatif dari SMK Wangsa Melawati. Begini kah keadaan seni persembahan Tarian Sewang ? Apa pun, kita saksikan dahulu persembahan adik-adik dari Eka Waja ini. 


Friday, 11 November 2011

Kampungku Sihat

Sejajar dengan namanya, program ini menitik beratkan tentang penjagaan diri terutamanya kesihatan. Antara program yang telah dirancang adalah ceramah mengenai penjagaan diri dan kesihatan.

Alhamdulillah, berkat rahmat dari-Nya karnival ini memberi impaks kepada para peserta untuk bergiat lebih aktif dan tekun dalam perlaksanaan tugasan masing-masing. Semangat para peserta pastinya akan membawa kejayaan kepada program ini. InsyaAllah.

Dengan kerjasama PBSM-UKM, JKHEOA & KKM, karnival ini dijangka akan berkampung di Perkampungan Orang Asli Kaum Semai di Sg Koyan, Raub, 29 hari lagi.

Jayanya karnival ini, diharap memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan dunia luar selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Matlamat karnival ini adalah untuk:
  • membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang dari pelbagai aspek 
  • mempelajari budaya lain yang ilmunya boleh digunakan pada masa akan datang
  • membuka pandangan atau pengalaman baru kepada graduan tentang kehidupan masyarakat luar
  • memberi pendedahan kepada graduan dalam merancang dan mengendalikan sesuatu program, serta
  • mengeratkan hubungan siraturrahim di antara semua mahasiswa/i

Wednesday, 9 November 2011

Antara Contoh Cadangan dari AJK ICT

Contoh Lakaran Kain Rentang


Contoh Lanyard & Wristband



Karnival Kampungku Sihat

Program ini di usulkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Aimi Dayana binti Hamidi dan dipersetujui oleh kesemua para perserta. Program dijangka akan diadakan selama 2 hari 1 malam di Kampung Orang Asli Kaum Semai di Sg Koyan, Raub, Pahang pada 10 & 11 Disember 2011.

Pada 29 Oktober 2011, kuliah kedua yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Projek, Faizatul Shyda binti Musa yakni pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan berjalan dengan lancar. Para peserta diagihkan dengan beberapa tugas dibawah penguasaan beberapa AJK Tertinggi yang dilantik sebelumnya.

Antara Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik :
Pengerusi : Syawal bin Paino
Timbalan Pengerusi : Faizatul Shyda binti Musa
Setiausaha : Aisyah binti Shah Buddin
Timbalan Setiausaha : Mior Faizmie bin Yusof Za'ba
Bendahari : Norhairizam bin Abd Manaf
Timbalan Bendarahari : Nor Shahira binti Sameon

AJK Protokol : Syafiq bin Ramlan
AJK Promosi/Hadiah : Siti Nursila binti Moh Latfi
AJK ICT/Jurugambar/Dokumentasi : Yusnizar binti Muhamat Yaakop
AJK Makanan : Yuslinda binti Yusnel
AJK Sukaneka : Cha Leem A/P Ee Chai
AJK Logistik/Pengangkutan/Keselamatan : Ahmad Yus Shahril Feezrie bin Yaacob

Kuliah bersurai dengan sessi perbincangan AJK Tertinggi bersama para peserta yang terlibat didalam kumpulan masing-masing.

Pemilihan Projek PBSM Semester 1 2011/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua...

Persatuan Bulan Sabit Merah bagi semester 1 2011/2012 telah disertai oleh para pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Pertadbiran Perniagaan & Perakaunan dengan seramai hampir 60 para pelajar.

Pada kuliah pertama, persatuan ini diberi pilihan untuk menentukan sama ada akan terlibat dengan projek mahupun kuliah seperti biasa. Namun, para pelajar bersetuju untuk memilih melakukan projek bersama. 

Kami berbincang menentukan projek yang akan dilakukan. Antara cadangan : Program Sukaneka di Titiwangsa, Program Bersamamu, Program Bersama Anak-anak Yatim, Program Kampungku dan beberapa program lain.

Majoriti telah memilih Program Kampungku.

Kuliah bersurai dan akan bersidang pada minggu berikutnya.